Mekanik permainan The_Legend_of_Zelda_(permainan_video)

Link menyerang raksasa Octorok dengan pedangnya di dunia permukaan.

The Legend of Zelda menerapkan unsur-unsur permainan aksi, pengembaraan dan berperanan. Pemain mengawal Link daripada perspektif dari atas berskrin selak (flip-screen) sedang dia menjelajah dunia permukaan (overworld), sebuah peta luar rumah yang besar dengan persekitaran yang berlainan.[5] Link memulakan permainan dengan hanya bersenjata sebuah perisai kecil, tetapi dia boleh memperoleh sebilah pedang setelah dia memasuki sebuah gua yang boleh dicapai daripada skrin peta pertama permainan ini.[12] Di sepanjang permainan ini, saudagar-saudagar, penduduk-penduduk bandar dan mereka yang lain menunjuk arah kepada Link melalui petunjuk-petunjuk rahsia. Mereka ini bertaburan di seluruh dunia permukaan dan tersorok di dalam gua-gua, semak-semak, atau di belakang dinding atau air-air terjun.[13]

Beberapa makhluk menghalang kemajuan Link dan dia perlu bertempur untuk mencari pintu masuk ke sembilan kurungan bawah tanah[14] Setiap kurungan adalah sekumpulan bilik yang tersusun seperti pagar sesat yang unik, dan setiap satu bilik dihubungkan melalui pintu dan laluan rahsia, serta dikawal oleh raksasa yang berlainan daripada yang terdapat di permukaan.[6] Kurungan-kurungan turut menyembunyikan alatan-alatan berguna yang Link boleh tambahkan dalam kumpulan senjatanya, seperti sebuah bumerang yang boleh mengambil item yang jauh dan memegun musuh-musuh, dan sebuah rekorder dengan ciri-ciri ajaib.[15] Link perlu berjaya melepasi setiap satu daripada lapan kurungan pertama untuk memperoleh kesemua lapan pecahan Triforce Kebijaksanaan (Triforce of Wisdom). Setelah dia memperoleh artifak ini, Link boleh memasuki kurungan kesembilan untuk menyelamatkan Zelda.[16] Melainkan kurungan terakhir ini, pemain boleh memilih sendiri urutan untuk melengkapkan kurungan-kurungan, meskipun setiap satunya semakin bertambah kesukarannya dan sesetengah daripadanya hanya boleh dicapai atau dilengkapkan menggunakan item yang diperoleh daripada kurungan sebelumnya. Link boleh merayau-rayau di dunia permukaan, mencari dan membeli item pada bila-bila masa. Kefleksibelan ini membolehkan pemain bermain permainan ini dalam cara yang luar biasa. Misalnya, bos akhir permainan ini boleh dicapai tanpa menerima pedang di awal permainan.[17]

Selepas menamatkan permainan ini, pemain boleh mengakses pencarian (quest) yang lebih sukar, yang secara rasmi dirujuk dengan nama "Second Quest" ("Pencarian Kedua") (裏ゼルダ, Ura Zeruda),[18][19] di mana kurungan-kurungan dan tataletak item berbeza dan musuh-musuhnya lebih kuat.[20] Meskipun "mainan semula" yang lebih sukar ini tidak unik bagi siri Zelda sahaja, tidak banyak permainan lain memberikan tahap-tahap yang jauh berbeza untuk dilengkapkan dalam permainan kedua.[17] Pencarian Kedua boleh juga dimainkan semula setiap kali permainan tersebut dihabiskan dan boleh juga diakses pada bila-bila masa dengan memulakan fail baru dengan nama "ZELDA".[21]

Berkaitan

Rujukan

WikiPedia: The_Legend_of_Zelda_(permainan_video) http://www.gamefaqs.com/nes/563433-the-legend-of-z... http://www.gamespot.com/reviews/the-legend-of-zeld... http://www.gamespot.com/the-legend-of-zelda-collec... http://www.gamespot.com/the-legend-of-zelda/ http://ign.com/cheats/games/the-legend-of-zelda-ne... http://ign.com/games/the-legend-of-zelda/nes-5990 http://ign.com/games/the-legend-of-zelda/wii-85319... http://press.nintendo.com/articles.jsp?id=40345 http://www.nintendo.com/consumer/downloads/nes_gam... http://www.rpgamer.com/games/zelda/z1/reviews/z1st...